5 Punca 15GB Data Sekarang Memang Tak Cukup

1. Kita Banyak Muatnaik Gambar


Cuba buka Facebook sekarang. Selain gambar anak anak kawan anda yang baru kahwin, pasti ada juga yang kongsikan gambar makanan. Tapi rupa rupanya anda pun kuat juga muatnaik gambar selfie. Lagi lagi bila sampai hujung minggu, semua aktiviti kita nak kongsikan, bukan?


2. Banyak Sangat Guna Waze, Google Maps


Ini juga antara salah satu penyumbang terbanyak kehabisan data. Kami faham anda semua memang menepati waktu orangnya dan tidak mahu sesat. Jangan main main, aplikasi GPS memang jadi satu keperluan dah buat masa sekarang. Namun jika ada pelan data 20GB macam Digi tawarkan, tak payah susah susah nak kira berapa baki data lepas guna GPS.

3. Layan Netflix, iFlix & Youtube Tanpa Henti


Bab layan movie ini, biasanya memang hujung minggu biasa jadi masa yang paling sesuai. Selagi tak habis layan satu musim drama bersiri yang ada, memang tak keluar rumah. Tapi risau jugak bila tengah layan tiba-tiba data habis, serius tak kelakar!

4. Main Online Game Tak Henti Henti


Ini pula punca utama bagi mereka yang kuat main permainan di atas talian. Tahap ketagihan yang tinggi untuk bermain permainan atas talian ini sepatutnya selari dengan keperluan data internet yang tinggi. Cuba bayang kalau tengah main Dota dan tengah nak menyerang pihak lawan dan tiba tiba data habis – mengamuk jadinya.


5. Facetime Dengan Yang Tersayang


Bab Facetime atau panggilan video sekarang ini memang jadi satu kemestian. Mana tidaknya, jika nak balik ke kampung sudah yang jauh pastinya memerlukan wang yang banyak. Tapi melalui panggila video, dari jauh pun masih boleh kongsi aktiviti.

www.rakanviral.blogspot.com. Powered by Blogger.